Kami ni bisnes kecil. Dapur rumah, buat gluten free. Itu sahaja.
Sedap Food Recipe PLT sebuah syarikat yang obses dalam mencipta resepi bebas gandum dan mencapai yang paling terbaik untuk dinikmati oleh mereka yang memerlukan.
Kenapa gluten free?
Sebab ada orang dalam keluarga yang tak boleh makan gluten. Mula-mula cuba cari produk siap. Tapi susah. Ada yang mahal, ada yang rasa macam kertas. Jadi kami cuba buat sendiri.
Mula dengan biskut. Lepas tu kuih, lempeng, apam. Semua gluten free. Bukan sebab nak ikut trend sebab memang perlu.
Yang kami tak buat
Kami tak buat produk biasa. Takda campur. Kalau gluten free, gluten free sahaja. Sebab kalau campur, nanti orang keliru. Dan kami sendiri pun tak nak keliru.
Setiap resipi diuji berkali-kali
Versi pertama selalu tak sedap. Kadang keras, kadang hancur, kadang rasa pelik. Kami cuba lagi. Kadang sampai 4-5 kali. Baru betul.
Yang kami jual dan kongsikan tu versi yang dah lulus dapur sendiri dulu. Bukan versi cantik atas kertas.
Di mana kami
Bandar University Pagoh, Muar, Johor. Tempat kecil. Tapi tenang, dan cukup untuk kami buat kerja.
Nak beli?
Produk kami di shop.asmrdhia.com. Laman ini cuma untuk cerita pasal kaami bukan untuk jual di sini.
Kalau nak tanya apa-apa, boleh guna borang contact. Kami balas, tapi kadang lambat sikit sebab kami ni kecil je.